Followers



Tuesday, July 26, 2011

tak berapa obses sangat actually..

hola

rasa nya sudah genap berapa bulan ya syira dah tak update blog? hurm nasib la dapat kakak yang sangat senang nya naik angin, ni yang berkobar nak kumpul duit nak ada my own laptop. dan tentu-tentu time itu sedikit berlagak dengan kakak yang sangat kedekut laptop. huh

okay itu bukan tajuk utama sekarang. sekarang kena terima hakikat yang syira dah naik berat badan dan tahu kakak kalau baca entry ini dia mesti menari kebangsaan dia (india mari) hhihi. sebab ada geng baru dalam ini family. okay lepas ni aktif balik untuk dapat kan berat badan ideal. chaiyok2!

baru ke tajuk utama, sekarang kalau syira perhatikan dekat-dekat rumah syira, hari-hari cuti mata sebab ramai yang ke hulur ke hilir yang bawak fixie. then syira admit dulu memang tak heran sebab dalam hati cakap alah, basikal ape ntah? tak suka la tengok. hah ambik kau.! sekarang siap menangis nak pakai fixie tapi harapan nak dapat. T___T


APAKAH ITU FIXIE ?



Di USA ia dikenali sebagai fixie ataupun fixed-gear/wheel bicycle.. Membolehan penunggang memberhentikan basikal tanpa menggunakan brek, dengan gear tetap, dan juga boleh di tunggang secara reverse.. Siap boleh reverse lagi tuh.. Biasanya di guanakan untuk track cycling di dalam velodrome.. Di U.K sehingga 1950 penunggang biasanya menggunakan fixie untuk time trials. 
Korang perasan tak sekarang ni ramai pulak anak remaja yang beriadah menggunakan basikal fixie ni..Sebenarnya, fixie ni kalau kat luar dah lama popular, tapi kat Malaysia ni, baru tahun lepas popular, tahun ni makin bertambh pulak jumlahnya.. Bagus jugak fixie ni sebenarnya.. Boleh menyihatkan badan, sekurang-kurangnya peluh pon keluar kan, dari melepak tak tentu hala kat shopping mall ataupon merempit yang lebih berisiko untuk maut itu..
Apa yang dapat dilihat, pemiik fixie lebih gemar mewarnakan basikal mereka dengan warna-warna yang terang.. Apabila mereka bergerak secara berkumpulan dengan fixie pelbagai warna, ia sudah pasti memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.. Selalunya mereka memilih fluorescent color, kerana bukan sahaja terang, malah warnanya lebih menarik dan ceria.. Sesuai sangat jika ditunggang ketika riadah kerana melalui warna pon jiwa si penunggang dapat merasai ketenangan.. Apatah lagi orang sekeliling yang memerhatikannya..
Masalahnya disini adalah keselamatan penunggang kerana disebabkan basikal fixie tiada brek, ia memerlukan kemahiran si penunggang untuk memberhentikannya.. Tapi apa yang diketahui, fixie yang digunakan untuk beriadah ini dilengkapi dengan brek.. Jadi tak perlu risau dah bab brek tu.. Keselamatan ketika menunggang secara berkumpulan juga perlu diambil berat sebelum perkara yang tak diingini berlaku.. Jangan sampai riadah bertukar padah..

kita nak kat awak.. awak nak kat kita tak..? hihi

sumpah cun warna die..

gila cun kan?