Followers



Tuesday, July 26, 2011

tak berapa obses sangat actually..

hola

rasa nya sudah genap berapa bulan ya syira dah tak update blog? hurm nasib la dapat kakak yang sangat senang nya naik angin, ni yang berkobar nak kumpul duit nak ada my own laptop. dan tentu-tentu time itu sedikit berlagak dengan kakak yang sangat kedekut laptop. huh

okay itu bukan tajuk utama sekarang. sekarang kena terima hakikat yang syira dah naik berat badan dan tahu kakak kalau baca entry ini dia mesti menari kebangsaan dia (india mari) hhihi. sebab ada geng baru dalam ini family. okay lepas ni aktif balik untuk dapat kan berat badan ideal. chaiyok2!

baru ke tajuk utama, sekarang kalau syira perhatikan dekat-dekat rumah syira, hari-hari cuti mata sebab ramai yang ke hulur ke hilir yang bawak fixie. then syira admit dulu memang tak heran sebab dalam hati cakap alah, basikal ape ntah? tak suka la tengok. hah ambik kau.! sekarang siap menangis nak pakai fixie tapi harapan nak dapat. T___T


APAKAH ITU FIXIE ?



Di USA ia dikenali sebagai fixie ataupun fixed-gear/wheel bicycle.. Membolehan penunggang memberhentikan basikal tanpa menggunakan brek, dengan gear tetap, dan juga boleh di tunggang secara reverse.. Siap boleh reverse lagi tuh.. Biasanya di guanakan untuk track cycling di dalam velodrome.. Di U.K sehingga 1950 penunggang biasanya menggunakan fixie untuk time trials. 
Korang perasan tak sekarang ni ramai pulak anak remaja yang beriadah menggunakan basikal fixie ni..Sebenarnya, fixie ni kalau kat luar dah lama popular, tapi kat Malaysia ni, baru tahun lepas popular, tahun ni makin bertambh pulak jumlahnya.. Bagus jugak fixie ni sebenarnya.. Boleh menyihatkan badan, sekurang-kurangnya peluh pon keluar kan, dari melepak tak tentu hala kat shopping mall ataupon merempit yang lebih berisiko untuk maut itu..
Apa yang dapat dilihat, pemiik fixie lebih gemar mewarnakan basikal mereka dengan warna-warna yang terang.. Apabila mereka bergerak secara berkumpulan dengan fixie pelbagai warna, ia sudah pasti memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.. Selalunya mereka memilih fluorescent color, kerana bukan sahaja terang, malah warnanya lebih menarik dan ceria.. Sesuai sangat jika ditunggang ketika riadah kerana melalui warna pon jiwa si penunggang dapat merasai ketenangan.. Apatah lagi orang sekeliling yang memerhatikannya..
Masalahnya disini adalah keselamatan penunggang kerana disebabkan basikal fixie tiada brek, ia memerlukan kemahiran si penunggang untuk memberhentikannya.. Tapi apa yang diketahui, fixie yang digunakan untuk beriadah ini dilengkapi dengan brek.. Jadi tak perlu risau dah bab brek tu.. Keselamatan ketika menunggang secara berkumpulan juga perlu diambil berat sebelum perkara yang tak diingini berlaku.. Jangan sampai riadah bertukar padah..

kita nak kat awak.. awak nak kat kita tak..? hihi

sumpah cun warna die..

gila cun kan?



Sunday, January 30, 2011

first tag to me...

helo peeps..


hai lama nya tak bukak blog..rindu lah..btw dah bertambah follower syira..thanks semua yer..! syira hargai sangat2.. hari ni tengok dekat shoutmix ada somebody tag syira..dan syira tak ada benda pun kena buat..so gatal lah nak join.. big thank kat sis nabiela amieyra..huhu..muahhx sikit.. hoho..sikit pasal benda ni

''once u have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random thing,fact,habits,or goal about you at the end, chose people to be tagged you have to tag the person who tagged.if i tag you, it's because i want to know more about you, your cooperation is highly appreciated''


  1. nama penuh syira,, nurul syahira bt mohd harmen,, dan dalam family syira panggil syira or irra..
  2. syira berumur 14 tahun pada tahun ini dan berada dalam tingkatan 2 dedikasi di smk dato ahmad razali.
  3. pernah menjalani pembedahan pada tangan akibat tulang lari dari tempat asal.
  4. obses pada warna pink,, ais krim dan juga muzik.
  5. sangat sangat sangat anti,, benci,, takut dengan LIPAS.
  6. suka bergambar.
  7. sangat aktif dalam sukan..
  8. syira dan family suka bercuti tak kira dlm negara atau luar negara.. tempat yang pernah syira pergi macam pulau langkawi,, penang,, singapura dan indonesia.
  9. syira lepas ni kena pakai gigi besi a.k.a pendakap gigi.. :)
  10. suka gila dengan ayam.. ayam ayam dan ayam.
  11. sudah berpunya. shhh...!!
  12. benci dengan subjek math dan sejarah tapi suka gila science.
  13. tak reti pakai shawl sebab memang tak reti.. ( kaka yang selalu pakaikan )
  14. mempunyai suara yang besar. mak cakap macam suara lelaki.. T__T
  15. gadis yang pemalu.
  16. selalu mengigau time tidur. kaka yang cakap.( kekadang sampai duduk n bercakap sorang2 )
  17. seorang yang sukakan suprise.
  18. antibody syira lemah berbanding adik beradik syira mean syira senang utk jatuh sakit.
  19. seorang yang boros.
  20. syira senang menangis.. jiwa sensitip..
  21. alah pada seafood.
  22. bercita2 untuk jadi seorang saintis.. hehe..
  23. syira seorang yang pemaaf.
  24. seorang yang sangat2 menghargai family. 
  25. syira seorang yang comel.. kahkahkah.. tak la.. syira lahir pada tarikh mak ayh syira bernikah iaitu 20.10.1997.. tarikh bertuah tauu.. :)



ok sekarang syira nak tag dekat mereka2 ini..


 done.. gud bye guys..

- kuku kaki kamu  ''KOOL''  kalau komen -

jemput komen aww...... :)

    Wednesday, January 19, 2011

    cuti sehari

    salam dan hi semua..


    yeayyy esok cuti.. wah suka la macam ni..!! nak cuti banyak kali boleh..? mesti lah tak boleh kan.. dah kira baik la dapat cuti sehari walau kaum indian yang raya esok.. wink.. ~~ ops lupe..! selamat menyambut raya bagi kaum indian.. malam ini memang balas dendam.. nak tidur lama-lama.. huhu.. dah berapa hari syira tak dapat tidur yang cukup.. memang la sekolah sesi petang.. boleh tido lama kan..? nak bangun tengah hari pun boleh.. tapi syira tetap kena bangun pagi.. waaa..!! sebab sekarang dah mula kawad untuk KELAB KRS.. sebab itu kena bangun pagi.. dan dan dan syira dapat jawatan dalam KRS.. wink... ^___^  syira dapat jawatan sebagai ketua bahagian petang.. untuk form 1 dan form 2.. selain itu syira dapat jadi penolong setiausaha KRS.. alhamdulillah.. syira jugak dapat tukar kelas depan juga.. hehe.. banyak la benda happy jadi tahun ini.. semoga banyak lagi benda happy yang jadi tahun ini.. amin.. oh ya kaka syira cakap yang syira dah gemuk...! ish tak boleh jadi ni.. kena kurus.. nak kawad nanti pancit.. mati la... @___@  (eleh sebenanya kaka tuh yang jeles.. kaka gemok dan tak dapat kurus) tapi tak apa.. syira doa kaka kurus.. amin.. kerja keras sikit..! hahaha.. mintak-mintak la KRS tahun ni dapat juara pula.. tahun lepas dapat naib juara.. hushh..


    yeayyy..! cuti sekolah sehari.. bagus.. :)


    haaa yang ni syirra mahu.. hihihi.. zzz.. 



    okay la semua.. syira dah penat dan mahu tidur... :) semoga semua mimpi indah.. nyte... 

    - kuku kaki kamu  ''KOOL''  kalau komen -

    jemput komen aww...... :)

    Monday, January 17, 2011

    entry pertama

    salam n hello semua...


    sebelum ni memang banyak kali terfikir nak mintak dekat kakak buat kan blog sebab jeles tengok blog dia comel. banyak kali kias2 dengan kakak pasal blog tapi kakak cuma buat tak tau je. herm nasib la dapat kakak macam tuh. dah la kaki buli. tapi banyak kali desak2 baru la kakak buatkan blog. suka sangat...! sebab lepas ni boleh la tulis apa-apa pun dalam blog. bab gossip ker...? mengumpat ker...? oh tidak..! kakak cakap blog ni kita buat bukan khas untuk kutuk2 orang tapi kalau nak buat kakak cakap ajak dia sekali.. hahahah.. ok2 lepas ni irra ajak.. :)  terima kasih banyak2 tau kak buat kan blog pink yang sangat comel ni untuk adik..! sangat-sangat suka.. oh ya..! kalau awaak2 yang tengah baca ni ada blog mari la follow sini.. nanti kite follow blog awak balik..  rasa nya itu jela untuk 1st entry... sampai jumpe lagi next entry... bye..


    - kuku kaki kamu  '' KOOL''  kalau komen -

    jemput komen aww...... :)